| |
|
6 Langkah Mudah & Selamat
Menempah Kad Undangan Anda
Secara Online
"6 simple & easy steps to order online at kadkahwinku.com" |
|
|
ACCESS
Akses borang pesanan online dengan menekan butang SHOP NOW di galeri kad. Isi borang dengan lengkap. Sila baca & persetujui terma & syarat tempahan sebelum tekan butang HANTAR PESANAN. Pesanan akan diproses & maklumbalas akan dihantar ke peti email anda dalam tempoh kurang 48 jam (maksimum 1 hari bekerja). |
|
|
BANKING
Bayaran deposit / penuh adalah secara perbankan internet bank-bank tempatan, FPX, PosPay atau kad kredit menerusi IPay88 perlu dibuat selepas anda mendapat arahan pembayaran online menerusi email. Proses ini amat mudah dan selamat. Sebaik saja pengesahan pembayaran diterima, anda akan dimaklumkan mengenainya menerusi email dalam tempoh kurang 24 jam (maksimum 1 hari bekerja). |
|
|
CORRECTION, CONFIRMATION &
COMPLETE PAYMENT
Ini adalah proses terpenting membabitkan 2 situasi:
CORRECTION
Sebaik saja pembayaran deposit sudah dibuat dan disahkan dalam tempoh tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja anda akan mendapat SMS makluman mengenai email dari studio-orderonline@kadkahwinku.com yang mengandungi draf artwork (pastikan anda sudah menghantar peta & foto ke map-online@kadkahwinku.com terlebih dahulu). Anda perlu membuat semakan pada teks jemputan, susunatur grafik, pemilihan font, peta dan apa saja yang berkaitan bagi memastikan tiada kesalahan dari segi ejaan, masa, nama, peta dsb. Sekiranya ada, anda perlu hantar email balas (reply) supaya team studio membuat pembetulan seterusnya menghantar semula artwork sehinggalah anda berpuas hati dan membuat pengesahan. Proses berbalas email ini terhad dalam tempoh tertentu (maksimum 10 hari bekerja).
CONFIRMATION & COMPLETE PAYMENT
Sebaik saja pengesahan artwork dibuat "Confirm The Artwork & Agree To Print", dalam tempoh itu anda dikehendaki membuat pembayaran penuh (Selain kad kredit). Arahan pembayaran akan dimaklumkan oleh team kami menerusi orderonline@kadkahwinku.com atau SMS +6019.355.0505. |
|
|
DELIVERY
Team PRODUCTION, DELIVERY & QC kami akan memaklumkan kepada anda sebaik saja kad siap dicetak, dihitung dan dibungkus sama ada ambil sendiri di galeri (self collection) atau kurier adalah menerusi email delivery@kadkahwinku.com atau SMS +6019.222.4505 (Maksimum 14 hari bekerja). |
|
|
ENQUIRY
Sebarang aduan mengenai kad, semakan status pembuatan kad dan penghantaran, sila kemukakan kepada enquiry@kadkahwinku.com |
|
|
FEEDBACK
Sebarang cadangan & komen, kritikan atau pujian mengenai mutu kad dan perkhidmatan kami sangat dialu-alukan. Sila majukan perkara ini kepada pihak pengurusan kami di feedback@kadkahwinku.com |
|
|
| Terma & syarat tempahan secara online : |
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43 |
Harga-harga kad promosi ialah bagi tempahan secara online saja.
Harga yang dipaparkan ialah bagi tempahan secara online dengan bayaran menerusi perbankan internet
atau kad kredit saja.
Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya lapan minggu sebelum tarikh majlis perkahwinan.
Susun atur grafik, jenis font, material & warna adalah tertakluk kepada templat sedia ada.
Bagi kad tertentu ia tertakluk kepada terma selagi stok masih ada. Bagi kad yang kehabisan stok,
pihak kadkahwinku.com berhak menggantikan jenis material yang hampir sama dengan mutu dan kualiti
material asal, tanpa memberi notis terlebih dahulu.
Bayaran hanya boleh dilakukan secara perbankan internet bank-bank tempatan, FPX, PosPay,
kad kredit Visa & Master menerusi khidmat pengendalinya IPay88. Caj perkhidmatan pengendali ini ditanggung
oleh kadkahwinku.com kecuali caj faedah bagi kad kredit dan caj khidmat bagi akaun bank pelanggan.
Pembayaran secara online perlu dilakukan selepas anda menerima arahan menerusi email untuk membuat
bayaran berkenaan dalam tempoh 48 jam selepas borang pesanan dihantar.
Jika tempahan dibuat tanpa menyertakan bayaran dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas pelangan
menerima email arahan pembayaran, pihak Kadkahwinku.com berhak membatalkan tempahan itu.
Pelanggan akan menerima artwork menerusi email studio-online@kadkahwinku.com dalam tempoh
tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja selepas pembayaran deposit atau penuh dibuat.
Bagi memastikan artwork diterima dalam tempoh berkenaan, lakaran peta atau foto perlu diemailkan ke
map@kadkahwinku.com supaya proses artwork dapat dimulakan.
Anda perlu membuat bayaran penuh (tanpa deposit) bagi semua kad dalam kategori "STOCK CLEARANCE"
dan urusan pembayaran menerusi KAD KREDIT.
Harga kad yang dipaparkan tiada kos tersembunyi, ia termasuk kad, sampul, upah cetak, grafik dan
upah am bagi pembuatan & pembungkusan kad.
Bagi sesetengah kad, penambahan riben atau bunga hanyalah sebagai prop fotografi saja atau
tambah nilai yang memerlukan caj lain. Perkara ini boleh dipastikan dengan menyemak pada butiran lanjut
setiap kad berkenaan.
Harga kad tidak termasuk kos penghantaran/kurier ke alamat pelanggan.
Kadar penghantaran/ kos kurier adalah berbeza mengikut berat kad & sampul serta lokasi sama ada
Semenanjung, Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura atau mana-mana negara seluruh dunia.
Segala kos tambahan penghantaran itu akan ditanggung oleh pelanggan sendiri sepenuhnya.
Anda boleh memeriksa tarif kos penghantaran itu menerusi NATIONWIDE EXPRESS atau POS MALAYSIA.
Pelanggan tidak dibenarkan menukar jenis kad dan kuantiti selepas membuat pesanan & pembayaran.
Jika bayaran belum dibuat, anda dikehendaki menghantar borang pesanan yang baru dan
borang pesanan terdahulu akan terbatal secara automatik.
Bayaran deposit tidak akan dipulangkan jika pelanggan membatalkan tempahan.
Caj pemprosesan ditanggung oleh pelanggan sebanyak RM30 bagi setiap satu tempahan
menerusi laman web ini.
Harga tempahan secara online adalah berbeza dengan tempahan secara langsung
di galeri kadkahwinku.com.
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan maklumat dan
pengesahan yang diberi. Adalah dinasihatkan supaya menyemak butiran tempahan sebelum
menghantar pesanan anda.
Pihak kami juga tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan pada cetakan sekiranya ia sudah
mengikuti apa yang disahkan oleh pelanggan semasa proses pengesahan pada draf terakhir
(Final Draft Artwork Confirmation).
Pelanggan dinasihatkan memeriksa draf artwork dengan teliti bagi mengelakkan kesilapan pada ejaan,
peta, nama pengantin, alamat, tarikh, foto dan sebagainya sebelum membuat pengesahan akhir itu.
Sekiranya kesilapan adalah pada pihak kadkahwinku.com, pihak kadkahwinku.com
akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara berkenaan.
Borang pesanan online yang dihantar menerusi perkhidmatan penghantar surat, kurier, surat berdaftar,
POS Ekspres, POS LAJU, faks atau dihantar ke kaunter bilik pameran kadkahwinku.com tidak akan dilayan.
Borang pesanan yang tidak lengkap, rosak, tidak boleh difahami dan pesanan yang lewat daripada
masa ditetapkan akan dibatalkan.
Pesanan yang lewat dan memerlukan masa lebih singkat untuk disiapkan perlu
menghubungi terus ke galeri atau bilik pameran kami di Kajang. Ia tertakluk kepada budi bicara dan
rundingan pihak galeri kadkahwinku.com
Sebarang pertanyaan mengenai perkara berkenaan (pesanan yang mahu disiapkan lebih awal
daripada tempoh sepatutnya) boleh dibuat kepada info@kadkahwinku.com atau SMS : +6019.395.5505
terlebih dahulu dengan menyertakan nama penuh, alamat tarikh perkahwinan, jenis kad & kuantiti.
Bagi pesanan yang disahkan (Artwork Confirmation) lambat - melebihi had masa 10 hari yang ditetapkan
berkemungkinan akan mengalami kad lambat diterima daripada tarikh yang sepatutnya.
Begitu juga bagi pesanan yang disahkan (Artwork Confirmation) awal - kurang daripada had masa 10 hari
ditetapkan berkemungkinan akan menerima kad lebih awal.
Sebarang urusan penghantaran menerusi kurier, pelanggan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap sebarang cukai atau duti perlu bayar, insuran, yuran penghantaran ke luar Semenanjung Malaysia
dan antarabangsa dan kos sampingan lain (sekiranya ada) yang dialami kerana membuat pesanan online ini.
Pelanggan hendaklah bersetuju untuk membayar ganti rugi secukupnya terhadap sebarang kegagalan
menjelaskan cukai yang perlu dibayar itu.
Kesemua rekaan kad dan 'wedding stationery' yang dipaparkan di laman web ini dan galeri bersama
artworknya adalah menjadi hak milik kadkahwinku.com
Kadkahwinku.com berhak mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang
menyalahgunakan rekaan kad atau laman web ini dengan cara yang tidak beretika atau
mana-mana cara yang difikirkan tidak wajar.
Kadkahwinku.com berhak menggunakan nama dan sample kad yang siap dicetak untuk
tujuan maklumat, publisiti dan pengiklanan dari masa ke semasa.
Pelanggan dianggap bersetuju untuk menggunakan khidmat pengendali perbankan internet IPay88
untuk tujuan pembayaran deposit termasuk terma dan syaratnya.
Pihak kadkahwinku.com tidak bertanggungjawab terhadap sebarang masalah berkaitan pengendali
talian internet atau sambungan internet yang tidak stabil yang luar dari kawalan kadkahwinku.com
Pihak kadkahwinku.com berhak menyediakan atau tidak pemberian percuma kepada
mana-mana tempahan yang dianggap layak.
Kadkahwinku.com berhak untuk menamatkan promosi pada bila-bila masa dalam tempoh promosi.
Bagi pelanggan yang menggunakan perkhidmatan kurier yang disediakan, sila persetujui iaitu jangka masa
penghantaran dan kadar caj adalah berbeza iaitu Nationwide Express (1-2 hari bekerja termasuk Sabtu)
manakala Pos Malaysia (7-10 hari bekerja tidak termasuk Sabtu) dan kadar cajnya lebih rendah berbanding Nationwide Express.
Kadkahwinku.com sangat peka dengan harta intelektual, oleh itu kami tidak akan sewenang-wenangnya
meniru rekabentuk yang sudah dipaternkan iaitu mempunyai hakcipta walaupun diminta oleh pelanggan
berbuat demikian kecuali ia adalah rekabentuk umum iaitu rekabentuk yang boleh dibuat
oleh mana-mana pihak.
Sehubungan dengan itu, kadkahwinku.com juga berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas
mana-mana pihak yang dianggap meniru rekabentuk milik kadkahwinku.com.
Kadkahwinku.com berhak membeli, memiliki salinan asal dan menggunakan mana-mana rekabentuk yang
dihasilkan oleh individu persendirian (freelancer) atau syarikat tertentu selepas kadarnya dipersetujui
oleh kedua-dua belah pihak.
Dengan membuat tempahan online ini, pelanggan bersetuju untuk mematuhi sepenuhnya
semua terma & syarat ini. |
|
|
|