Terms & Conditions

 

1. Harga kad promosi ialah bagi tempahan secara online saja.

2. Harga yang dipaparkan ialah bagi tempahan secara online dengan bayaran menerusi perbankan internet saja.

3. Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya 12-15 minggu sebelum tarikh majlis perkahwinan.

4. Susun atur grafik, jenis font, material & warna adalah tertakluk kepada templat sedia ada.

5. Bagi kad tertentu ia tertakluk kepada terma selagi stok masih ada.

6. Bagi kad yang kehabisan stok, pihak kadkahwinku.com berhak menggantikan jenis material yang hampir sama dengan mutu dan kualiti material asal, tanpa memberi notis terlebih dahulu.

7. Bayaran boleh dilakukan menerusi 3 cara iaitu : (1) secara tunai (2) menerusi Mesin Deposit Tunai (CDM) dan (3) menerusi perbankan internet/online bank-bank tempatan.

8. Pembayaran secara online/tunai perlu dilakukan selepas anda menerima arahan pembayaran menerusi email dan akaun peribadi di kadkahwinku.com

9.  Bayaran berkenaan perlu dibuat dalam tempoh 24-48 jam selepas borang pesanan dihantar.

10. Jika tempahan dibuat tanpa menyertakan bayaran dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas pelangan menerima email arahan pembayaran, pihak Kadkahwinku.com berhak membatalkan tempahan itu.

11. Pelanggan akan menerima artwork menerusi email studio-online@kadkahwinku.com dalam tempoh tujuh (7) ke sepuluh (10) hari bekerja selepas pembayaran deposit atau penuh.

12. Bagi memastikan artwork diterima dalam tempoh berkenaan, lakaran peta atau foto perlu diemailkan ke map@kadkahwinku.com supaya proses artwork dapat dimulakan.

13. Anda perlu membuat bayaran penuh (tanpa deposit) bagi semua kad.

14. Harga kad yang dipaparkan tiada kos tersembunyi, ia termasuk kad, sampul, upah cetak, grafik dan upah am bagi pembuatan & pembungkusan kad.

15. Bagi sesetengah kad - penambahan riben, kertas surih, kertas sisipan atau bunga adalah aksesori hiasan.

16. Aksesori hiasan ini memerlukan caj tambahan. Perkara ini boleh dipastikan dengan menyemak pada butiran lanjut setiap kad berkenaan.

17. Harga kad tidak termasuk kos penghantaran/kurier ke alamat pelanggan.

18. Kadar penghantaran/ kos kurier adalah berbeza mengikut berat kad & sampul serta lokasi sama ada Semenanjung, Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura atau mana-mana negara seluruh dunia.

19. Segala kos tambahan penghantaran itu akan ditanggung oleh pelanggan sendiri sepenuhnya.

20. Anda boleh memeriksa tarif kos penghantaran itu menerusi pengendali khidmat kurier kami, CITYLINK ESPRESS

21. Pelanggan tidak dibenarkan menukar jenis kad dan kuantiti selepas membuat pesanan & pembayaran.

22. Bayaran deposit akan dipulangkan jika pelanggan membatalkan tempahan secara bertulis.

23. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan maklumat dan pengesahan yang diberi. Adalah dinasihatkan supaya menyemak butiran tempahan sebelum menghantar pesanan anda.

24. Pihak kami juga tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan pada cetakan sekiranya ia sudah mengikuti apa yang disahkan oleh pelanggan semasa proses pengesahan pada draf terakhir

(Final Draft Artwork Confirmation).

25. Pelanggan dinasihatkan memeriksa draf artwork dengan teliti bagi mengelakkan kesilapan pada ejaan, peta, nama pengantin, alamat, tarikh, foto dan sebagainya sebelum membuat pengesahan akhir itu.

26. Sekiranya kesilapan dibuktikan adalah pada pihak kadkahwinku.com, pihak kadkahwinku.com akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara berkenaan.

27. Borang pesanan online yang dihantar menerusi perkhidmatan penghantar surat, kurier, surat berdaftar, POS LAJU, faks atau dihantar ke kaunter bilik pameran kadkahwinku.com tidak akan dilayan.

28. Borang pesanan yang tidak lengkap, rosak, tidak boleh difahami dan pesanan yang lewat daripada masa ditetapkan akan dibatalkan.

29. Pesanan yang lewat dan memerlukan masa lebih singkat untuk disiapkan perlu menghubungi terus ibu pejabat kadkahwinku.com untuk mendapatkan rundingan & khidmat nasihat.

30. Sebarang pertanyaan mengenai perkara berkenaan (pesanan yang mahu disiapkan lebih awal daripada tempoh sepatutnya) boleh dibuat dengan menghubungi ibu pejabat Kadkahwinku.com.

31. Bagi pesanan yang disahkan (Artwork Confirmation) lambat - melebihi had masa 10 hari yang ditetapkan berkemungkinan akan mengalami kad lambat diterima daripada tarikh yang sepatutnya.

32. Begitu juga bagi pesanan yang disahkan (Artwork Confirmation) awal - kurang daripada had masa 10 hari ditetapkan berkemungkinan akan menerima kad lebih awal.

33. Sebarang urusan penghantaran menerusi kurier, pelanggan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang cukai atau duti perlu bayar, insuran, yuran penghantaran ke luar Semenanjung Malaysia dan antarabangsa dan kos sampingan lain (sekiranya ada) yang dialami kerana membuat pesanan online ini.

34. Pelanggan hendaklah bersetuju untuk membayar ganti rugi secukupnya terhadap sebarang kegagalan menjelaskan cukai yang perlu dibayar itu.

35. Kesemua rekaan kad dan 'wedding stationery' yang dipaparkan di laman web ini dan galeri bersama artworknya adalah menjadi hak milik kadkahwinku.com

36. Kadkahwinku.com berhak mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang menyalahgunakan rekaan kad atau laman web ini dengan cara yang tidak beretika atau mana-mana cara yang difikirkan tidak wajar.

37. Kadkahwinku.com berhak menggunakan nama dan sample kad yang siap dicetak untuk tujuan maklumat, publisiti dan pengiklanan dari masa ke semasa.

38. Pihak kadkahwinku.com tidak bertanggungjawab terhadap sebarang masalah berkaitan pengendali talian internet atau sambungan internet yang tidak stabil yang luar dari kawalan kadkahwinku.com

39. Pihak kadkahwinku.com berhak menyediakan atau tidak pemberian percuma kepada mana-mana tempahan yang dianggap layak.

40. Kadkahwinku.com berhak untuk menamatkan promosi pada bila-bila masa dalam tempoh promosi.

41. Bagi pelanggan yang menggunakan perkhidmatan kurier yang disediakan, sila persetujui iaitu jangka masa penghantaran dan kadar caj adalah berbeza iaitu CITYLINK SXPRESS  (1-3 hari bekerja tidak termasuk Sabtu) manakala Pos Malaysia (7-25 hari bekerja tidak termasuk Sabtu) dan kadar cajnya lebih rendah.

42. Kadkahwinku.com sangat peka dengan harta intelektual, oleh itu kami tidak akan sewenang-wenangnya plagiat rekabentuk yang sudah dipaternkan iaitu mempunyai hakcipta walaupun diminta oleh pelanggan berbuat demikian kecuali ia adalah rekabentuk umum iaitu rekabentuk yang boleh dibuat oleh mana-mana pihak.

44. Sehubungan dengan itu, kadkahwinku.com juga berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang dianggap meniru rekabentuk milik kadkahwinku.com.

45. Kadkahwinku.com berhak membeli, memiliki salinan asal dan menggunakan mana-mana rekabentuk yang dihasilkan oleh individu persendirian (freelancer) atau syarikat tertentu selepas kadarnya dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

46. Kadkahwinku.com berhak mencetak logo jenama bersama NAMA KHAS produk. Ini membabitkan semua kad, wedding stationery & tandamata keluarannya.

47. Dengan membuat tempahan online ini, pelanggan bersetuju untuk mematuhi sepenuhnya semua terma & syarat ini.

Powered By WebDivision
kadkahwinku.com © 2017